T.O.P Bakal Temui Peminat Malaysia September Ini

LocalEntertainment
2 Jul 2026 • 9:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

T.O.P Bakal Temui Peminat Malaysia September Ini

T.O.P Bakal Temui Peminat Malaysia September Ini

Penyanyi rap dan pelakon Korea Selatan, Choi Seung-hyun atau lebih dikenali sebagai T.O.P, mengumumkan jelajah pertemuan peminat solo pertamanya yang diberi nama "Pre-Studio 2026".

Selepas penantian lama, T.O.P akan mengadakan siri jelajah di beberapa bandar di Asia, termasuk Kuala Lumpur. Pengumuman itu dibuat oleh agensinya, TOPSPOT PICTURES, pada Khamis.

Image from: T.O.P Bakal Temui Peminat Malaysia September Ini

Bagi peminat di Malaysia, acara tersebut dijadual berlangsung pada 27 September 2026 (Ahad) di Unifi Arena, yang sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena.

Fan meeting itu dijangka menjadi peluang istimewa buat peminat tempatan untuk bertemu lebih dekat dengan T.O.P selepas beliau kembali aktif dalam dunia hiburan.

Selain berinteraksi bersama peminat, acara itu turut dijangka menampilkan pelbagai segmen khas yang meraikan perjalanan seni beliau sebagai penyanyi dan pelakon.

Pengumuman jelajah "Pre-Studio 2026" dibuat ketika T.O.P sedang membuat persiapan untuk mengadakan fan meeting di Jepun pada 9 Julai 2026.

Menariknya, acara di Jepun itu dianjurkan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada ahli kelab peminat TOPSX JAPAN atas sokongan berterusan mereka.

Setakat ini, pihak penganjur bagi acara di Kuala Lumpur masih belum diumumkan. Begitu juga dengan maklumat berkaitan harga tiket, pelan tempat duduk serta tarikh jualan tiket yang akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved