BJ Habibie dikagumi

12 Sep 2019 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

INDONESIA - Indonesia berduka, apabila Presiden Republik Indonesia ke-3, Bacharudin Jusuf Habibie Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie meninggal dunia, semalam.

Menerusi laporan Kompas, beliau meninggal di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat (RSPAD), Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Perkara itu dimaklumkan anak lelakinya, Tharef Kemal bahawa bekas presiden itu meninggal dunia pada jam 6.01 petang (waktu Indonesia Barat) selepas menjalani rawatan insentif sejak dimasukkan ke hospital 1 September lalu.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo berkata, BJ Habibie ialah seorang negarawan yang sepatutnya menjadi contoh.

"BJ Habibie sentiasa hadir dan memberi nasihat apabila negara menghadapi masalah yang berkaitan dengan politik ekonomi dan sosial," katanya.

Manakala Gebenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa menyifatkan, BJ bukan sahaja tokoh penyayang malah yang memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Indonesia.

"Selain tokoh yang unggul dalam bidang sains dan teknologi, Habibie juga dikenali sebagai tokoh romantis dan penyayang.

"Tokoh BJ Habibie ialah tokoh rujukan teladan dalam bidang pembangunan sains dan teknologi serta kepercayaan dan ketaatan (Imtaq)," katannya.

BJ Habibie, 83, ialah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Pada Mac 2018, BJ Habibie pernah menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’.

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Indonesia ketiga BJ Habibie meninggal dunia


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved