Gabungan perubatan tradisional Cina, Barat rawat koronavirus

Health & Fitness
5 Feb 2020 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WUHAN - China pada Isnin melancarkan program penyelidikan klinikal untuk menilai keberkesanan perubatan tradisional Cina (TCM) yang digabungkan dengan perubatan Barat dalam mencegah dan merawat penyakit radang paru-paru yang disebabkan wabak koronavirus (2019-nCoV), lapor agensi berita Xinhua.

Program itu diketuai ahli akademik di Akademi Kejuruteraan China Zhang Boli. Lapan institusi daripada empat wilayah menyertai penyelidikan itu, anjuran Hospital Perubatan Cina dan Barat Bersepadu Wilayah Hubei.

Kajian itu akan menilai keberkesanan dari segi klinikal apabila TCM digabungkan dengan perubatan Barat dalam merawat kes-kes ringan dan kritikal.

TCM dan perubatan Barat mempunyai tumpuan dan kekuatan masing-masing sebagai pelengkap dalam merawat penyakit itu, kata Zhang, sambil menambah program berkenaan perlu menjalani rawatan klinikal dan dikukuhkan lagi dengan penyelidikan saintifik.

Setakat ini, pasukan penyelidik telah menyelesaikan pangkalan data serta latihan profesional perubatan dan sedang memulakan kajian kes.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved