6 Lokasi Penggambaran Filem Joker Yang Boleh Anda Lawati

Food
15 Oct 2019 • 5:24 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Filem yang menjadi bualan ramai, Joker baru – baru ini mencetus fenomena bukan sahaja di luar negara malah negara kita turut terkena tempiasnya. Selain teknik cinematografi yang digunakan oleh pihak pengarah dan kru produksi, salah satu faktor yang memberikan impak yang besar dalam filem berkenaan adalah pemilihan lokasi.

Kalau nak dibandingkan, ada yang mengatakan Joaquin Phoenix berjaya mengangkat watak Joker ke satu lagi level setelah penanda aras yang tinggi diletakkan oleh mendiang Heath Ledger dalam filem The Dark Knight pada tahun 2008.

Namun pujian harus diberikan kepada keseluruhan tenaga kerja dan berikut adalah lokasi – lokasi penting yang menjadi ‘latar tempat’ dalam filem Joker berkenaan.

#1. Arkham State Hospital

image is not available

Dengan bantuan teknik CGI, krew telah mengubah suai Brooklyn Army Terminal untuk dijadikan Arkham State Hospital.

image is not available

Kalau anda pengikut watak Joker, memang dia diketahui mempunyai masalah mental dan dirawat disana.

 

#2. Triborough Bridge

image is not available

Ada satu babak penting dan boleh dikatakan ikonik juga dalam filem Joker ini yang mana Arthur Fleck (Joker), sedang dalam bas dan dia tertawa bersama seorang budak kecil. Scene ni dikatakan diambil dalam sebuah bas lama keluaran tahun 1968.

image is not available

Bas ini dikatakan milik muzium MTA Transit dan dalam scene tersebut, bas ini sedang merentasi jambatan Robert F. Kennedy (Triborough Bridge).

 

#3. Loews Jersey Theater

image is not available

Loews Jersey Theater merupakan salah sebuah lokasi penggambaran dan adengan yang dirakam disini adalah babak dua orang lelaki bertopeng badut dikejar oleh pihak polis dalam filem berkenaan.

Terletak di Jersey City, Loews Jersey Theater adalah satu daripada lima Loews Wonder Theater yang beroperasi di New York.

 

#4. Manhattan Bridge Underpass

image is not available

Babak Joker berlari sambil dikerjar oleh polis Gotham berlaku di Manhattan Bridge Underpass dan kalau nak diikutkan, ia berada di 199 Cherry Street. Lebih tepat lagi di bahagian Lower East Side.

image is not available

Salah satu babak yang dramatik jugak ni!

 

#5. Wayne Hall

image is not available

Lokasi Wayne Hall di Bandar Gotham dalam filem Joker sebenarnya adalah Hudson County Courthouse. Bangunan mahkamah yang berada di bandar Jersey.

image is not available

Bangunan yang mempunyai pengaruh seni bina Beaux Art ini sebenarnya dibina pasca tahun 1900-an dan Wayne Hall merupakan sebuah landmark Kota Gotham.

 

#6. Newark Paramount Theater

image is not available

Sebahagian besar scene dalam filem Joker ini banyak diambil di Newark dan ianya mempunyai bangunan-bangunan lama dan klasik.

image is not available

Adengan Joker dibelasah dan diganggu oleh sekumpulan ‘anak nakal’ dan kebanyakannya dilakukan di depan Newark Paramount Theater.

 

#7. Bronx Staricase

image is not available

Adengan paling diingati dalam filem Joker semestinya adengan watak berkenaan menari – nari di sebuah anak tangga yang penggambarannya dilakukan di Bronx Staircase. Disini ada 63 tangga yang seumpamanya, jadi jangan tersalah ya.

image is not available

Katanya yang digunakan dalam filem Joker adalah di 167th Bronx, antara Jerome dan Anderson Avenue.

View Original Article