Sistem operasi iOS 13 akan dilancarkan di acara WWDC pads 3 Jun hadapan. Ia dijangka akan akhirnya membawakan tema gelap keseluruhan pada sistem operasi. Rekaan antaramuka baharu iOS 13 ini telahpun tertiris menerusi laman 9to5Mac. Apabila mengakses aplikasi Apple Music, dapat dilihat latar belakang berwarna hitam sepenuhnya menggantikan latar belakang putih yang digunakan sekarang.

Seperti sejak dua tahun yang lalu, antaramuka iOS tidak mengalami perubahan yang mendadak dengan pengenalan versi utama baharu. Sebaliknya fungsi sedia ada ditambah baik dan antaramuka diberikan nafa baru yang lebih mesra pengguna.
