Takhta pesawat paling besar pernah dihasilkan kini dipegang oleh Startolaunch. Dengan sayap sepanjang 117 meter, Ia memecahkan rekod 70 tahun yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose. Ia unik kerana mempunyai dua tubuh degan ruang kosong pada bahagian tengah yang digunakan untuk membawa kargo roket untuk melancarkan kargo ke angkasa lepas.

Data yang dikumpul dari ujian hipersonik Talon-A boleh digunakan untuk pembangunan senjata dan sistem pertahanan hipersonik. Amerika Syarikat dan Rusia adalah dua negara yang sedang membangunkan senjata hipersonik yang tidak boleh ditangkis oleh sistem anti peluru berpandu semasa.
