PRK Tanjung Piai: BN umum calon esok

Politics
29 Oct 2019 • 11:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai esok.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengumuman akan dibuat di Pusat Gerakan BN selepas solat Isyak.

“Tadi saya bermesyuarat bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran menerusi Skype bagi memuktamadkan calon,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai Karmaine Sardini sebagai calon parti itu pada PRK Parlimen Tanjung Piai 16 November ini.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, dari Bersatu, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 Sept lepas, akibat komplikasi jantung. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved