TA Research unjur pasaran tempatan kekal berada di bawah tekanan

Business & Finance
10 Jul 2023 • 10:33 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TA Research unjur pasaran tempatan kekal berada di bawah tekanan

azan

10/07/2023 - 10:33

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pasaran tempatan dijangka kekal di bawah tekanan kerana berdepan pelbagai cabaran dari dalam dan luar negara.

TA Securities Research berkata, kegagalan peningkatam semula minggu lalu dan momentum belian yang semakin berkurangan, kekurangan petunjuk domestik yang positif dan keseluruhan momentum teknikal negatif boleh membawa kepada lebih banyak kecenderungan menurun minggu ini.

"Dari segi sentimen, pelabur masih ragu-ragu untuk memberikan komitmen menjelang pilihan raya negeri selepas pembubaran enam Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

"Kebimbangan terhadap momentum pertumbuhan China yang perlahan dan dengan inflasi masih pada paras tinggi dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mencadangkan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

"Pasaran tempatan akan terus berada di bawah tekanan dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Dari sudut teknikal, firma itu berkata pecahan yang disahkan rendah baru-baru ini pada 1,369, paras terendah tiga tahun baharu, akan mempercepatkan jualan bagi menguji sokongan carta yang lebih kukuh pada 1,350, 1,320 dan 1,300.

"Rintangan kekal pada 1,400, dengan 1,420, diikuti oleh purata pergerakan 200 hari pada 1,439, bertindak sebagai tahap rintangan yang lebih kukuh," katanya.

Pada loceng pembukaan, penanda aras FBM KLCI susut 0.11 mata kepada 1,377.56.

Petronas Chemicals merupakan penyeretan terbesar di pasaran selepas susut tujuh sen kepada RM5.95, diikuti Petronas Gas turun enam sen kepada RM16.82.

Sementara itu, saham paling aktif ialah syarikat pertama pasaran Skyworld turun 2.5 sen kepada 78 sen, MYEG naik empat sen kepada 75.5 sen dan Tanco susut 1.5 sen kepada 36.5 sen. - DagangNews.com