TA Securities positif terhadap cadangan pelupusan tanah Able Global bernilai RM34.68 juta di Klang

Business & Finance
26 Jul 2023 • 4:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TA Securities positif terhadap cadangan pelupusan tanah Able Global bernilai RM34.68 juta di Klang

azan

26/07/2023 - 16:27

KUALA LUMPUR 26 Julai - TA Securities positif terhadap perjanjian pelupusan tanah Able Global Berhad yang bernilai RM34.68 juta yang terletak di Klang kepada Hond Tat Polymer Sdn. Bhd.

Firma itu berkata, langkah itu memberi peluang untuk menambah nilai selain mengurangkan julah pinjaman kumpulan itu.

"Kami percaya bahawa pelupusan itu adalah sebahagian daripada proses penyatuan kemudahan sedia ada selaras dengan pelan tindakan syarikat untuk menempatkan semula kilangnya di Lembah Klang supaya bersebelahan antara satu sama lain," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, kumpulan itu bercadang untuk melupuskan enam lot tanah industri pegangan bebas sebagai usaha untuk mendapatkan dana bagi bayaran balik pinjaman untuk pembelian tanah selain keperluan modal kerja am.

Firma itu berkata, cadangan pelupusan itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada operasi perniagaan sedia ada syarikat.

"Memandangkan perjanjian itu masih berada di persingkat awal, kami tidak membuat sebarnag perubahan terhadap unjuran pendapatan kumpulan," katanya.

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM1.48 sesaham.- DagangNews.com