
Kota Kinabalu: Taanusiya Chetty, 24, dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2024 pada acara final pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Selasa.
Bakal guru itu berjaya memikat juri dan audiens dengan kejelitaan, keyakinan dan aura yang dimilikinya.
Dia akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World tahun depan, bersaing dengan peserta dari seluruh dunia.
Taanusiya, yang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM50,000, berhasrat untuk menggunakan platform Miss World bagi memperkasa wanita serta belia dan kanak-kanak menerusi pendidikan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Sebelum ini, wanita jelita dan tinggi lampai ini juga pernah bergelar Miss Global Malaysia 2023.
Wakil Sabah, Kelly Eleanor Tseu yang juga antara peserta kegemaran dinobatkan sebagai naib juara.
Tempat ketiga hingga keenam pula dimenangi oleh Hantze Liow dari Kuala Lumpur, Plohmeen Sachpreet (Kuala Lumpur), Fillonie Francis dan Lyn Sinsua, kedua-duanya dari Sabah.
Turut bertanding di peringkat final pertandingan yang mengangkat misi ‘Beauty with A Purpose’ itu adalah Tiffany Vaishenevi Pillai Ragupathi (Sabah), Car Menn Lee (Selangor), Nandhini Sundaram (Kedah), Nivashini Wadivello (Kuala Lumpur) dan Sheena Devayani (Kuala Lumpur).
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata pertandingan itu bukan hanya tentang menobatkan ratu baharu tetapi juga tentang memperkasakan wanita muda dan menginspirasikan mereka untuk membuat perubahan.
“Saya sangat terharu dengan dedikasi finalis pada malam ini, yang mewakili suara pelbagai latar belakang di Malaysia dan berkongsi satu impian — untuk mencipta perubahan positif di negara kita,” katanya ketika merasmikan acara itu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HyperLive Entertainment dan Pengarah Kebangsaan Miss World Malaysia Dr Sean Wong.
