Tab Kedai Akan Dibuang Daripada Aplikasi Instagram Bermula Februari

TechnologyDigital
10 Jan 2023 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Instagram Shop

Penggunaan Instagram kini lebih meluas, yang mana tidak terhad kepada perkongsian kandungan foto dan video semata-mata. Malahan turut menjadi medium untuk mempromosikan barang jualan dan elemen pemasaran yang berkaitan dengan perniagaan, Justeru, tab kedai yang dikenali sebagai Shops telah ditambah pada paparan utama aplikasi pada tahun 2020 yang bertujuan menyediakan pengalaman beli-belah yang lebih mudah.

image is not available

Bagaimanapun, tab tersebut bakal dibuang sepenuhnya daripada aplikasi Instagram bermula Februari depan. Hal ini berujuan memudahkan pengguna untuk berkongsi dan berinteraksi dengan rakan. Dalam masa sama, turut menyediakan pengalaman navigasi lebih mesra pengguna. Melaluinya, akses pintas untuk mencipta kandungan akan dipindahkan pada bar navigasi utama aplikasi, seterusnya ruangan tab Shops pula diganti dengan Reels.

image is not available

Menurut Intagram, pengguna masih boleh berniaga dan beli-belah seperti biasa pada aplikasi, namun tiada lagi tab khusus yang akan disediakan. Sebaliknya, iannya kini lebih terbuka menerusi beberapa bentuk kandungan seperti iklan, reels dan perkongsian utama yang merangkumi video atau gambar. Adakah anda tergolong dalam kalangan pengguna yang sering membeli belah secara terus daripada tab Shops? Apa pendapat anda dengan perubahan ini?