Tabiat Suka Minum Boba, Wanita Dibedah Buang 300 Batu Karang

WorldHealth & Fitness
17 Dec 2023 • 6:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Doktor di sebuah pusat perubatan di Taiwan telah mengeluarkan lebih kurang 300 biji batu karang di tubuh seorang wanita berusia 20an selepas dia mengalami demam teruk dan sakit belakang susulan tabiatnya suka minum boba.

Buah pinggang membengkak

Memetik laporan dari New Straits Times, doktor telah membuat pembedahan terhadap wanita dikenali sebagai Xiao Yu selepas buah pinggangnya membengkak dan dipenuhi batu setelah dilihat menggunakan alat ultrabunyi di hospital di Tainan, Taiwan.

image is not available

Kredit foto: Chi Mei Medical Centre

Tabiat suka minum boba, kurang minum air kosong

Difahamkan, pihak hospital telah melakukan rawatan antibiotik dengan mengalirkan cecair dari buah pinggang dan melakukan pembedahan invasif bagi membuang batu yang menyerupai roti kukus kecil.

Melalui imbasan CT, batu-batu kecil itu berukuran lebih kurang lima milimeter sehingga dua sentimeter serta terdapat peningkatan jumlah sel darah putih.

image is not available

Gambar sekadar hiasan

Menurut doktor yang menjalankan pembedahan terbabit, wanita berkenaan suka menikmati minuman boba dan jarang mengambil air kosong sebagai minuman utama.

Walau bagaimanapun, batu karang yang terjadi bukanlah sepenuhnya disebabkan minuman boba kerana terdapat banyak faktor mengakibatkan komplikasi tersebut seperti genetik, penyakit kronik serta diet yang penuh protein dan kasium.

Setakat ini, kondisi pesakit dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang setelah pembedahan dijalankan.