Tablet Lenovo Legion Y700 Infinite Diperlihatkan Sebelum Pelancarannya Di China

TechnologyDigital
17 Aug 2026 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo dijangka akan mula memperkenalkan dan menjual tablet gaming terbaru dan paling berkuasa mereka, iaitu Lenovo Legion Y700 Infinite di pasaran China tidak lama lagi.

Tablet Legion Y700 Infinite ini akan hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 8.4 inci dengan resolusi 2,560 x 1,600-pixel, kadar segar semula 165Hz. Dalam pada itu, tablet ini juga akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang terbaru, dan walaupun konfigurasi memori dan storan belum diketahui lagi, ia dijangka akan hadir dengan pilihan memori 12-24GB LPDDR5X dan juga storan SSD PCie 4.0 dari 256GB sehingga 1TB.

Image from: Tablet Lenovo Legion Y700 Infinite Diperlihatkan Sebelum Pelancarannya Di China

Rupabentuk tablet ini juga telah diperlihatkan di laman media sosial China Weibo, dan ia kelihatan akan menggerakkan sistem operasi Android dan tampil dengan dua palam pengecasan terbina untuk penggunaan dan pengecasan yang lebih mudah.

Untuk bahagian kamera pula, Lenovo Legion Y700 Infinite ini hadir dengan kamera 50MP di bahagian belakang dan kamera 8MP di bahagian hadapan. Tablet ini juga hadir dengan bateri bersaiz 7,470mAH dan pengecasan sepantas 68W.

Tablet ini dijangka akan dilancarkan di China pada 25 Ogos ini, dimana ia juga diharap bahawa Lenovo akan membuat pengumuman tablet ini dilancarkan di pasaran Malaysia juga, mungkin untuk menggantikan tablet Lenovo Legion Tab Gen 3 yang dilancarkan beberapa tahun lalu.

Sumber: Weibo

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved