Tablet Samsung ini dipilih sebagai gajet PerantiSiswa, edaran bermula dalam bulan Ogos 2022

Digital
4 Aug 2022 • 12:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Maklumat yang kami sangat nantikan sudah tiba. Ahkhirnya kita sudah mengetahui tablet jenis apakah yang bakal diedarkan sebagai pinjaman di bawah program PerantiSiswa.

Menurut cicipan YB Tuan Lukanisman Awang Sauni dari Parlimen Sibuti, tablet Samsung Galaxy (Tab) A8 LTE dipilih sebagai gajet PerantiSiswa. Berdasarkan jawapan balas Men-KOMM kepada soalannya, edaran akan dimulakan dalam bulan Ogos 2022.

Men-KOMM turut mengumumkan perluasan skop program PerantiSiswa untuk pelajar Metrikulasi dan Tingkatan 6.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 LTE

Galaxy Tab A8 adalah sebuah tablet yang ada panel paparan 10.5" beresolusi 1920×1200 daripada jenis TFT.

image is not available

Atas papan utama, kami pernah laporkan Galaxy Tab A8 Wi-Fi ia dipercayai diperkasa cip Unisoc Tiger T618, cip yang biasanya diberikan pada gajet harga patut. Berdasarkan materi iklan, varian LTE mungkin menggunakan cip yang sama.

image is not available

Untuk sidang video, penerima tablet ini boleh menggunakan kamera belakang 8MP ataupun kamera depan 5MP. Pada sudut audio, konfigurasi kuadspeaker yang menyokong Dolby Atmos ada. Sistem bateri berkapasiti 7,040mAh diberikan oleh Samsung pada tablet ini dan ia dicas menggunakan blok pengecas 15W.

Namun begitu, tablet ini tidak didatangkan dengan papan kekunci dan stailus sedangkan ia adalah dua daripada banyak ciri-ciri yang perlu dipenuhi untuk jadi tablet PerantiSiswa. Makanya, jangkakan aksesori daripada pihak ketiga dibekalkan kepada penerima.

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai spesifikasi tablet yang perlu dipenuhi untuk pembekal tablet PerantiSiswa.