Tablet Xiaomi Pad 7S Pro Diperkenalkan Dengan Cip Xiaomi XRING O1

TechnologyDigital
27 Jun 2025 • 7:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi telah memperkenalkan tablet baharu yang dinamakan Pad 7S Pro untuk pasaran China. Peranti ini merupakan pengganti kepada model sebelumnya iaitu Pad 6S Pro dan hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis serta skrin bersaiz 12.5 inci beresolusi tinggi 3200 x 2136 piksel.

image is not available

Pad 7S Pro menggunakan cip Xiaomi Xring O1 yang digandingkan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Selain itu, tablet ini menggunakan sistem operasi terkini iaitu HyperOS 2 yang dibina berasaskan Android 15. Gabungan ini membolehkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, stabil dan mesra pengguna.

image is not available

Untuk kamera, Pad 7S Pro dilengkapi dengan kamera utama 50MP manakala kamera hadapan sebesar 32MP. Tablet ini turut dilengkapi dengan bateri 10,610mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Di samping itu, ia turut menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4 bagi memastikan bagi sambungan yang stabil.

  • Xiaomi Pad 7S Pro (8/256 GB) – RMB 3299 (~RM 1945)
  • Xiaomi Pad 7S Pro (12/256 GB) – RMB 3599 (~RM 2122)
  • Xiaomi Pad 7S Pro (12/512 GB) – RMB 3899 (~RM 2299)
  • Xiaomi Pad 7S Pro (16/512 GB) – RMB 4099 (~RM 2417)
  • Xiaomi Pad 7S Pro (16/1000 GB) – RMB 4499 (~RM 2652)