
Kota Kinabalu: Pasukan Tabs Safa Bandaraya bawah 10 dan bawah 12 tahun muncul juara dalam siri kedua Liga Suparimau 2023 yang berakhir di padang sintetik Likas pada Sabtu lalu.
Mereka menjulang kejuaraan bawah 12 tahun dengan rekod tanpa kalah selepas mengumpul 16 mata daripada lima kemenangan dan satu seri.
Di tempat kedua ialah SK Likas dengan 13 mata diikuti DF Sabah dengan empat mata di tempat ketiga.
Skuad bawah 10 tahun mereka juga tidak kalah sepanjang pertandingan untuk merebut mahkota kejuaraan dengan kutipan 16 mata daripada lima kemenangan dan satu seri.
SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Timbalan pengerusi Tabs Safa Bandaraya, Lokman Sunggim memuji pemain dan jurulatih atas kejayaan itu.
“Pemain membuktikan bahawa dengan kerja keras dan keazaman yang tinggi, mereka mampu mengharungi rintangan untuk mencapai kejayaan.
“Namun, mereka masih muda dan memerlukan bimbingan daripada jurulatih. Harapan saya semua pemain ini akan terus mempertingkatkan permainan mereka supaya dapat melangkah lebih jauh dalam bola sepak,” katanya.
Beliau turut menyeru ibu bapa untuk meneruskan sokongan terhadap anak-anak mereka, yang memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka sebagai pemain.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada beberapa pemain Tabs Safa Bandaraya yang terpilih mewakili sekolah masing-masing dalam kejohanan bola sepak MSSD (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah) akan datang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
