Tabung Haji diserang siber, sistem kembali pulih

LocalTechnology
12 Oct 2026 • 1:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tabung Haji diserang siber, sistem kembali pulih

KUALA LUMPUR – Serangan terhadap sistem dan perkhidmatan utama Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada pendeposit.

TH dalam satu kenyataan berkata, bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit, TH mengambil langkah menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatan di semua saluran pada Khamis lalu.

Menurutnya, serangan itu adalah perbuatan jenayah terhadap TH dan negara yang bertujuan menjejaskan operasi serta perkhidmatan.

“Hasil usaha bersama itu cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan kembali beroperasi mulai semalam, manakala semua cawangan di negeri lain dibuka seperti biasa hari ini, selain perkhidmatan melalui bank rakan strategik TH juga kembali aktif.

“Bagi THiJARI, semua fungsi kembali beroperasi kecuali penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian.

“Ini kerana ketiga-tiga fungsi ini masih memerlukan tindakan pemulihan lanjut sebelum dapat diaktifkan semula. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TH dari semasa ke semasa,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu, TH sudah membuat laporan polis dan melaporkan perkara itu kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

TH turut memberi jaminan simpanan pendeposit adalah selamat dan pemantauan rapi serta pengukuhan keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem dan perkhidmatan yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar.

Bagaimanapun, katanya, pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH

Untuk sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan, boleh hubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di 03-62071919.

The post Tabung Haji diserang siber, sistem kembali pulih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved