Tabung Haji sumbangkan van kepada tahfiz, masjid

10 Dec 2023 • 3:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Tabung Haji (TH) menyumbangkan dua unit van masing-masing kepada Tahfiz Babussalam, Kudat dan Masjid Ar-Rahim Melalap, Tenom.

Majlis penyerahan telah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif yang turut disaksikan Pengarah TH Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said di Hotel Raia, di sini, pada Jumaat.

Ariffin dalam ucapannya menyambut baik usaha di bawah Program Mobiliti TH itu, yang dilihat dapat memberi kemudahan kepada kedua pihak untuk sebarang aktiviti melibatkan logistik.