Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.25%, Tertinggi Dalam 7 Tahun!

LocalBusiness & Finance
21 Mar 2025 • 11:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25% bagi tahun kewangan 2024 yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun!

Menurut laporan Berita Harian, agihan ini membabitkan jumlah keseluruhan RM2.92 bilion, meningkat berbanding RM2.72 bilion tahun sebelumnya. Keputusan ini turut mengambil kira pelunasan zakat sebanyak RM99.35 juta.

Peningkatan ini didorong oleh prestasi pelaburan yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi, serta pasaran saham yang positif dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Jumlah aset Tabung Haji cecah RM95 bilion!

image is not available

Berdasarkan laporan, TH mencatatkan pendapatan keseluruhan RM4.56 bilion bagi tahun 2024, meningkat 6.29% berbanding RM4.29 bilion pada 2023.

Jumlah aset di bawah pengurusan TH juga mencapai RM95.06 bilion, naik 3.77% daripada RM91.61 bilion pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini membuktikan TH kekal stabil sebagai institusi simpanan dan pelaburan Islamik yang membantu pendeposit merancang tabungan haji mereka dengan lebih mampan.

Cara semak agihan keuntungan

image is not available

Pendeposit boleh mula menyemak agihan keuntungan mereka yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 23 Mac melalui:

  • THiJARI
  • Kaunter TH
  • Kaunter Bank Islam & Bank Rakyat
  • Platform elektronik bank rakan strategik TH seperti Maybank Islamic, CIMB Islamic, dan AmBank Islamic

#ApaKataOhmedia

Dengan peningkatan pulangan ini, pendeposit boleh merancang kewangan dengan lebih baik untuk menunaikan haji di masa hadapan. Jangan lupa, teruskan menyimpan secara konsisten untuk manfaat jangka panjang!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.