Tabung Kilat: Adik Alina Hidap Penyakit Hydrocephalus, Rayu Sumbangan RM5,140 Tampung Kos Rawatan

29 Jul 2022 • 1:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menghidap penyakit Hydrocephalus iaitu sejenis cecair lebihan di dalam otak yang menyebabkan saiz kepala semakin besar dan kini sedang memerlukan tabung kilat.

Itu yang terpaksa dihadapi oleh seorang kanak-kanak perempuan bernama Alina yang sedang berdepan bebanan kos susu khas yang tinggi, selain ulang-alik ke hospital sebanyak RM3,903.

Difahamkan, keluarganya kini sedang memerlukan bantuan tabung kilat sebanyak RM5,140. Namun, sehingga kini jumlah kutipan yang berjaya diperolehi hanyalah RM1,237.

Difahamkan, Adik Nur Alina Mohammad Saiful yang berusia empat tahun itu berasal dari Kampung Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kisahnya ini dikongsikan menerusi pihak Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook mereka. Untuk ketahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian ini.

image is not available
Gambar: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Tabung Kilat Adik Alina

image is not available
Gambar: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

Sasaran: RM5,140

27.7.22

Sehingga kini jumlah kutipan yang terkumpul adalah RM1,237 , masih perlukan RM3,903.

Adik Alina menghidap penyakit Hydrocephalus (cecair lebihan dalam otak menyebabkan saiz kepala membesar), ibu bapanya sedang berdepan dengan bebanan susu khas yang mahal selain lampin dan kos ulang alik ke hospital.

Maklumat lengkap seperti mana dipaparkan pada posting pelancaran tabung di pautan berikut:

Terdahulu Adik Alina yang juga anak ketiga dari empat beradik itu dikunjungi kru sukarelawan kami disana dalam siri lawatan awal bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lengkap.

Anak kepada seorang penjaja ikan ini berdepan dengan bebanan keperluan khas termasuk susu khas dan lampin pakai buang.

Dengan ini, kami melancarkan Tabung Kilat Adik Alina dengan sasaran RM5,140 bagi membekalkan keperluan berikut:-

image is not available

Perkongsian rezeki atau sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi NGO KELSS , CIMB 8602 4983 68.

Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial.

Pertanyaan kepada kami melalui WhatsApp.

image is not available
Gambar: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS