Tabung Solidariti Najib kumpul lebih RM634,000 dalam tiga jam

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 8:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tabung Solidariti Najib kumpul lebih RM634,000 dalam tiga jam

PETALING JAYA – Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpulkan sebanyak RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam pertama selepas dilancarkan semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang menyalurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

“Masya-Allah! Tiga jam pertama sejak Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan, sudah mencecah RM634,562.02.

“Ramai yang menyumbang serendah RM10 dan RM50,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Tabung berkenaan diwujudkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk penyelesaian denda berjumlah RM50 juta.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan pelancaran tabung khas bagi membantu meringankan beban kewangan Najib untuk melunaskan denda berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu digerakkan atas semangat solidariti dan berharap kepimpinan parti, ahli, penyokong serta mana-mana pihak yang ingin menunjukkan sokongan dapat menyumbang secara sukarela. – KOSMO! ONLINE

The post Tabung Solidariti Najib kumpul lebih RM634,000 dalam tiga jam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved