Taburan hujan tinggi di Pantai Timur

LocalEnvironment
10 Aug 2026 • 11:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Taburan hujan tinggi di Pantai Timur

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan kawasan Pantai Timur Semenanjung menerima taburan hujan yang tinggi ketika ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan tersebut dicatatkan di Stesen Meteorologi Gong Kedak, Terengganu dengan jumlah bacaan 71.8 milimeter (mm).

Selain itu katanya, taburan hujan yang tinggi turut dicatat di Stesen Meteorologi Kuala Krai, Kelantan sebanyak 42.0mm.

“Stesen Meteorologi Kuching, Sarawak mencatatkan suhu tertinggi iaitu 35.1°C, diikuti oleh Stesen Meteorologi Mulu, Sarawak dengan bacaan 34.8°C.

“Sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan rancang aktiviti harian anda dengan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi MetMalaysia,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 2 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan di Kerian, Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Taburan hujan tinggi di Pantai Timur appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved