
RANAU: Sistem Bombon atau Tagal mampu mewujudkan ekonomi kepada penduduk setempat dan memupuk perpaduan serta muafakat dengan pengunjung luar selain objektif utamanya mengekalkan ekosistem pelbagai hidupan air sungai.
Itulah harapan dan matlamat yang ingin dicapai ketika mewujudkan Tagal Sungai Kepuakan dekat Kg Togop Darat, kira-kira 48km dari pekan di sini, yang mula beroperasi sejak 2014 di bawah seliaan Jabatan Perikanan Daerah Ranau.
Pengerusi Sungai Kopuakan Togop Darat Bombon, Gidam@Androow Gimih ketika perasmian Bombon baru-baru ini berkata sejak Tagal dilaksanakan, penduduk boleh menarik nafas lega kerana penggunaan racun seperti “tuba” dan bahan letupan telah dikawal.
“Kami berterima kasih kepada Jabatan Perikanan Daerah Ranau kerana memberi tunjuk ajar mengenai pengurusan penjagaan Bombon,” kata Gidam.
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more Beliau menyifatkan acara seumpama itu sebagai memupuk muhibah dan silaturahim dalam kalangan penduduk dan kakitangan jabatan kerajaan.
Penduduk menuai 48kg ikan, tetapi ia berkurangan sedikit berbanding satu tan dan 200kg pada 2023.
Penurunan hasil tuaian ikan disebabkan cuaca tidak menentu selain banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Jabatan Perikanan juga memilih Sungai Kepuakan untuk menjalankan kajian di mana setiap spesies ikan di sungai itu disukat dan ditimbang untuk tujuan kajian semasa pembukaan Bombon.
Sepanjang 2km sungai telah dibersihkan, ia meliputi tiga zon iaitu zon merah (khas untuk ternakan sahaja), zon kuning (untuk memancing) dan zon hijau iaitu kawasan penduduk menangkap ikan, tetapi hanya untuk penduduk di Kg Togop Darat.
Turut hadir pada majlis tersebut wakil dari Jabatan Perikanan Daerah Ranau Ramli Raiman, Pengarah merangkap Ketua Unit Tagal Jabatan Perikanan Ranau Bernedeth Joseph.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
