Tahanan Cabut Lari Di Kota Kinabalu, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis

18 Dec 2023 • 11:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pihak polis kini giat mencari suspek tersebut

Tahanan Cabut Lari Di Kota Kinabalu, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis. Tular sebuah rakaman CCTV, seorang tahanan yang ditahan di Lokap Berpusat Kepayan telah melarikan diri.

Menurut sumber polis, tahanan bernama Nazri Hassan, 33 tahun, berjaya meloloskan diri ketika dibawa ke bilik siasatan oleh anggota lokap untuk disoal siasat.

image is not available

Suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri.

Sumber itu berkata, tahanan didakwa memanjat jeriji pintu lokap melalui tingkap ruang senaman sebelum keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar.

“Anggota lokap cuba mengejarnya tetapi tidak berjaya kerana tahanan berlari cepat ke arah belukar yang berdekatan,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah, tahanan memakai pakaian lokap warna ungu ketika melarikan diri.

“Tahanan ditahan dari 10 hingga 18 Disember 2023 di bawah Seksyen 431 A Kanun Keseksaan. Polis sedang menjalankan operasi mencari tahanan dengan menggunakan semua sumber,” kata sumber itu.

Polis juga meminta orang ramai yang mengetahui kewujudan tahanan itu untuk memberitahu balai polis terdekat.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/aksi-superman-dan-wheelie-4-remaja-ditahan/

https://www.iloveborneo.my/pak-mat-western-cawangan-pertama-di-sarawak/