Tahanan Kes Dadah Mati Ketika Terima Rawatan

13 Sep 2022 • 10:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

IPOH, 13 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas yang ditahan berhubung kes dadah di Jalan Carey di sini pada Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk dituduh pada kira-kira 9.02 pagi.

“Pihak polis telah menghubungi pihak hospital dan orang kena tahan (OKT) berkenaan dihantar ke HRPB oleh ambulans untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata OKT kemudian disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Bedah siasat akan dibuat esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved