Tahanan Lokap Mati Selepas 5 Hari Cuba Bunuh Diri

22 Jun 2022 • 4:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang tahanan lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, Orang Kena Tahan (OKT) terbabit sebelum ini ditempatkan di Lokap Berpusat Shah Alam pada 15 Jun.

Jelasnya, suspek ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Menurut laporan, sebelum ini OKT itu cuba menggantung diri di lokap tersebut dan diselamatkan serta dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.

“OKT itu dirawat di hospital berkenaan mulai 15 Jun 2022, namun pada 20 Jun kira-kira jam 5.40 petang, pegawai perubatan mengesahkan dia meninggal dunia di situ,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, punca kematian OKT terbabit masih belum diketahui setakat ini.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat kes berkenaan. - Getaran, 22 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved