Tahanan lolos dari hospital kena cekup semula selepas 17 jam

18 Jul 2023 • 10:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NIBONG TEBAL: Seorang tahanan penjara meloloskan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, semalam, telah berjaya ditahan semula di Jalan Pantai, Butterworth, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Ng Ah Thiam, berkata lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditahan pada jam 8.45 pagi tadi dengan bantuan pasukan dari Penjara Seberang Perai .

“Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama kepada kita,“ katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, polis menerima laporan pada jam 3.56 petang daripada warden penjara yang memaklumkan tahanan tersebut iaitu Nordin Ahmad dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad5) hospital berkenaan.

Semasa meloloskan diri, suspek memakai t-shirt kelabu dan seluar pendek warna hitam.

Berikutan kejadian itu, polis melancarkan ‘Op Tutup’ dan usaha giat dijalankan bagi mengesan tahanan tersebut yang dipercayai masih berada di sekitar daerah berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved