Tahanan Palestin, Khader Adnan Maut Di Penjara Israel Selepas 87 Hari Mogok Lapar

2 May 2023 • 6:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Khader Adnan - Gambar dari Twitter @PalYouth4News

RAMALLAH - Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.

"Khader Adnan mati syahid akibat jenayah yang dilakukan oleh musuh," katanya.

Beliau berkata rejim Israel akan menanggung akibatnya, lapor Agensi Anadolu.

Pada 23 April, Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata mahkamah tentera Israel baru-baru ini menolak permintaan peguamnya supaya beliau dibebaskan dengan ikat jamin semasa hari ke-78 mogok laparnya.

Adnan berulang kali ditahan oleh tentera Israel dan beliau melancarkan beberapa mogok lapar sebagai membantah penahanannya.

Pada 2012, Adnan melancarkan mogok lapar selama 66 hari yang memaksa pihak berkuasa Israel membebaskannya dan melancarkan mogok lapar yang sama pada 2015 dan 2018. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved