Tahniah! Azmi Saat sambut bayi perempuan, isteri selamat bersalin anak kedua

Entertainment
6 Nov 2023 • 6:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TAHNIAH diucapkan buat vokalis Caliph Busker, Azmi Saat kerana selamat menimang cahaya mata keduanya sebentar tadi.

Bayi perempuan seberat 3.62 kilogram itu lahir menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan.

“Alhamdulillah. Pukul 3.28 petang tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.

“Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan ALLAH,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azmi berkongsi nama yang dipilih buat si kecil.

image is not available

“Baby gebu, beratnya 3.62 kilogram Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” titip Azmi.

Terdahulu, Azmi memuat naik hantaran bahawa isterinya, Nazira Muhammad dimasukkan ke wad dan sedang bersiap sedia untuk bersalin menerusi pembedahan.

Rakan selebriti dan warga maya mengucapkan tahniah buat Azmi dan menitipkan doa agar isteri dan bayinya sihat.

image is not available

– “Alhamdulillah. Syukur.”

– “Alhamdulillah tahniah ibu ayah yang hebat ni.”

– “Yeah! Sama birthday dengan Paknil!! 61 tahun beza!”

– “Selamat melalui alam keibubapaan yang membahagiakan buat Azmi dan isteri.”

Azmi dan isteri pernah kehilangan anak sulung mereka yang diberi nama Khairul Afnan.

Bayi yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun lahir pada 27 September 2021. Namun si kecil berkenaan meninggal dunia tiga hari selepas dilahirkan kerana berdepan dengan masalah fungsi otak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!