Tahniah Bagi Yang Dah Bayar Saman, Polis KL Kutip Saman RM7.2 Juta

30 Dec 2025 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tahniah bagi mereka yang berjaya membayar saman Polis Diraja Malaysia sempena pemberian diskaun saman polis sebanyak 70% yang akan berakhir hari ini.

Ini kerana polis Kuala Lumpur (KL) merekodkan kutipan bayaran saman tertunggak berjumlah RM7.2 juta sejak 1 November lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 104,900 saman yang dijelaskan dalam tempoh dua bulan.

image is not available

Menurut beliau, sambutan orang ramai pada peringkat awal pembukaan kaunter bayaran saman dilihat sederhana, namun tetap konsisten dengan kehadiran pengunjung setiap hari.

“Bagaimanapun, dalam tempoh dua hari kebelakangan ini, jumlah kehadiran meningkat ketara dengan 5,500 orang datang untuk menjelaskan saman,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved