Tahniah! Caprice timang cahaya mata, isteri selamat bersalin

Entertainment
17 Mar 2024 • 6:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi rap sensasi, Caprice timang cahaya mata selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan zuriat pertama mereka pada hari ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice atau lebih mesra disapa Cap dalam kalangan peminat dan pengikut di platform media sosial miliknya.

Caprice timang cahaya mata

Menerusi hantaran penyanyi rap berusia 36 tahun, jelas kelihatan dia sedang memegang seorang bayi yang tidak dinyatakan jantina.

“March 17th, Lil Cappy dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,”tulisnya ringkas.

Alhamdulillah, tahniah Caprice!

Perkongsian yang menerima lebih 10,000 tanda suka dan ribuan komen itu dibanjiri dengan ucapan tahniah buat Caprice dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka.

image is not available
image is not available image is not available

Sebelum ini, pelatun lagu Takde Hal Bro itu memaklumkan impiannya untuk menimang cahaya mata yang sebelum ini tertangguh menjadi kenyataan selepas isterinya disahkan hamil lima bulan.

Kongsinya, dia bukanlah tidak mahu mencuba memiliki zuriat namun harus menangguhkan impian tersebut atas tekanan yang dihadapinya dari segi bisnes dan media sosial.

image is not available

Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal anak satu, Farra Inalis pada 15 November 2021.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

View Original Article