Tahniah! Cha Chunghwa Umum Akan Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan Oktober Ini

Entertainment
11 Oct 2023 • 9:32 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, makin ada ramai selebriti Korea yang akan menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini.

Terbaru, pelakon popular Cha Chung-hwa dilapor akan melangsungkan perkahwinannya pada 27 Oktober ini, dengan ahli perniagaan yang lebih muda darinya.

Selain itu, laporan turut menyatakan bahawa kedua mereka sudah kenal untuk masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk bercinta dan akhirnya memutuskan untuk berkahwin.

Sebagai respon, agensi Cha Chung-hwa menyatakan,

Cha Chung-hwa akan melangsung perkahwinan pada 27 Oktober.

Harap maklum bahawa bakal suami bukan selebriti jadi kami tidak dapat mengesahkan semua butiran maklumat peribadinya.

image is not available

Tambahan, majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup di suatu tempat di Seoul, dihadiri hanya keluarga dan rakan-rakan.

Tahniah Cha Chung-hwa dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.