
Anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri iaitu Nina Ismail Sabri telah selamat bernikah dengan rakan baiknya, Hafiz Osman, semalam.

Pernikahan tersebut berjalan dengan lancar, di mana dengan sekali lafaz Nina sah menjadi isteri kepada Hafiz.
Difahamkan, Nina telah menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin dan pasangan itu berpakat membuat majlis akad nikah di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Sebelum ini, tular di platform media sosial memaparkan momen bahagia mereka berdua apabila Hafiz melamar Nina dengan cara yang cukup romantik.
"Persahabatan Selama 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup" - Nina Ismail Bakal Berkahwin Dengan Rakan Baik
The post (TAHNIAH) Hanya Sekali Lafaz, Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Isteri Rakan Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

