Tahniah! Harimau Malaya Gagal Dikejutkan, Baham Blue Tigers 4-2

13 Oct 2023 • 11:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia (Harimau Malaya) mengesahkan akan beraksi di pentas akhir Pestabola Merdeka apabila mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas India (Blue Tigers) di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon yang menghuni ranking 134 dunia membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh hasil percubaan Dion Cool yang melepaskan rembatan dalam kotak penalti pada minit ke-7.

Kedudukan itu bagaimanapun bertahan hanya enam minit apabila India menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat Naorem Mahesh Singh yang tidak berjaya diselamatkan penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

image is not available

Harimau Malaya kemudiannya, kembali berada di hadapan menerusi Arif Aiman Hanapi yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Nikhil Chandrashekhar menjatuhkan Darren Lok.

image is not available

Tiga minit sebelum aksi babak pertama tamat, Faisal Halim sekali lagi meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan selesa buat kali ketiga.

Bagaimanapun, perlawanan kian sengit apabila India berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-6 selepas babak kedua dimulakan menerusi jaringan kapten mereka, Sunil Chhetri.

Bertambah tegang lagi apabila beberapa pemain India menyerbu penjaga garisan selepas mereka mendakwa percubaan Lallianzuala Chhangte sudah melepasi garisan gol, namun bantahan itu tidak mengubah keputusan pengadil.

image is not available

Pun begitu, pintu gol skuad The Blue Tigers ‘bocor’ menerusi pemain pertahanan, La’vere Corbin Ong yang menyudahkan umpanan Faisal.

Ia sekaligus melayakkan Harimau Malaya beraksi menentang Tajikistan di final pada Selasa depan selepas Palestin membuat penarikan diri pada saat akhir.

Sumber: BH Online