“Tahniah Kau Buka Ruang Orang Kutuk Islam, Hebat Kau!” – Tubuh NGO ‘Munafik Hunters’, Tindakan Caprice Dikecam

19 Sep 2023 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, selebriti yang lantang bersuara mengenai pelbagi isu iaitu Caprice memaklumkan di Instagram bahawa dia telah menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) bernama ‘Munafik Hunters’ bagi membantu mangsa-mangsa jenayah seksual.

Hal itu tidak diterima baik oleh ramai netizen, dimana mereka merasakan penyanyi rap tersebut seakan-akan memberi ruang untuk masyarakat menghina dan mengutuk agama Islam serta bangsa Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Bahkan, netizen turut menganggap ia seakan-akan medan untuk menyebar aib orang lain yang sepatutnya dirahsiakan bagi kebaikan semua.

image is not available

 

image is not available

Menurut sesetengah individu, penggunaan ‘munafik’ itu tidak boleh sesuka hati dipakai dan lebih baik rujuk kepada mufti daripada membuat tuduhan sendiri.

image is not available

Biarpun ramai pertikaikan tindakan Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli itu, ada juga beberapa netizen yang menyokong tindakannya menubuhkan NGO terbabit.

Sekadar info, Caprice membuat keputusan untuk tubuhkan ‘Munafik Hunters’ selepas dirinya terima 500 aduan dalam tempoh 24 jam yang membabitkan kes jenayah seksual.

image is not available 1 day ago

"Boleh Mondy Balas Saman Dengan Bukti" - Caprice Minta Ebit Lew Cepat Cepat Hantar Surat Saman