
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang baru sahaja bercerai sebentar tadi telah berkongsi nukilan hatinya di Instagram.
Dalam nukilan tersebut, Bella mengucapkan tahniah kepada bekas sahabatnya iaitu Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid dan menjadi punca kedua orang anaknya kehilangan bapa mereka.
“Buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” tulisnya.
Bella yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini mengatakan dia tidak mampu mengubah seseorang walaupun telah banyak memberikan peluang.
“Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.
"Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.
"Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya.
Tulisnya lagi dia redha dengan ketentuan Tuhan selain enggan membuka hati mencintai orang lain.
“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.
“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” tulisnya.
Terdahulu Aliff Aziz dan Bella Astillah, sah bercerai talak satu kali kedua, pada pukul 1.11 petang di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difail Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. - Getaran
Foto: Instagram




