Tahniah! Malaysia cipta sejarah, juara Piala Dunia 2024 FIFAe

12 Dec 2024 • 11:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia cipta sejarah apabila skuad FAM eRimau negara berada di kelas tersendiri apabila berjaya bergelar juara FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile, sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia menerusi sebuah hantaran di Facebook dengan ucapan tahniah.

“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia.
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam kenyataan.

image is not available

Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.

Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.

image is not available

Malaysia cipta sejarah

image is not available

image is not available

image is not available

Kejayaan itu menyaksikan skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai kemenangan sebanyak RM80,000.

Sekadar info, Kejohanan dunia itu bermula 9 hingga 11 Disember 2024 di Riyadh, Arab Saudi.

Malaysia menghantar empat wakil terdiri daripada Mohamad Danish Hakim Nor Azam, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh, Muhammad Hariz Hazmi Hakimi dan Ahmad Muhaimin.