Tahniah! Noh Salleh bakal tamat zaman duda 23 September ini

10 Aug 2023 • 7:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya dengan tunang pilihan hati, Fatin Athira Mustapa,30, yang juga seorang peguam pada 23 September depan.

Perkara itu didedahkan menerusi hantaran kad undangan digital yang telah pun diedarkan kepada kenalan dan jelas menunjukkan mereka bakal mengadakan hari persandingan di sebuah dewan di Puchong, Selangor bermula jam 8 malam.

Sementara itu, majlis ijab dan kabul Noh dengan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor bakal diadakan pada sebelah pagi pada hari yang sama.

image is not available

Terdahulu, Noh dan Fatin dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu di kediaman rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya.

Sekadar info, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun mereka bercerai pada awal Ogos tahun lalu.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa dan mula diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved