Tahniah! Sufian Suhaimi dah merisik ‘Sayang’ si kekasih hati

22 Oct 2023 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Sufian Suhaimi dikhabarkan telah menghantar rombongan merisik wanita pilihan hatinya yang dipanggil ‘sayang’ dalam sebuah majlis tertutup, semalam.

Menerusi video tular, Sufian atau mesra dipanggil ‘baby Pian’ hadir bersama ahli keluarganya ke kediaman wanita dikenali Rania Al-Sadat bagi tujuan merisik

“Tahniah buat Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya,” tulis pengguna sosial terbabit berserta tanda pagar merisik.

Tahniah Sufian Suhaimi! Cantiknya bakal isteri

Meninjau di ruangan komen, terdapat puluhan ribu tanda suka daripada warganet mengucapkan tahniah atas majlis penyatuan dua hati ini dan memuji kecantikan sosok wanita pilihan Sufian.

Mereka turut mendoakan ikatan pasangan ini kekal hingga ke jenjang pelamin.

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Macam Intan Najuwa campur Sophia AlBarakbah sikit…

Mereka juga memuji kecantikan bakal isteri penyanyi Terasa Ada itu mempunyai wajah campuran aktres Intan Najuwa dan Sophia AlBarakbah.

 

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, media melaporkan Sufian sedang mengenali hati budi seseorang tanpa mendedahkan identiti kekasihnya dengan lebih lanjut.

Bahkan, dia juga kerap membawa individu tersebut ke beberapa acara selain dilihat selesa bergaya sedondon.

Sumber: TikTok @hairamikayla