Tahniah! Tepati ramalan, Bell Ngasri julang trofi Artis Komedi Popular ABPBH 35

Entertainment
21 Jul 2023 • 11:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Bell Ngasri menepati ramalan ramai apabila menjulang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 malam ini.

Trofi tersebut diumumkan oleh selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Janna Nick yang disiarkan secara langsung di TV3 dan aplikasi Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kredit foto: TV3

Malam kemuncak acara gilang-gemilang itu dikendalikan oleh penyampai radio Hot FM, Johan yang bergandingan bersama aktres Ain Edruce.

ABPBH 35 yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni ditaja oleh Fellera Skin iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka, Jeli Ajaib Bellrossa Advances.