Tahu jiran suka guna buat sambal, lelaki tolong tanam pokok limau tepi rumah

20 Mar 2024 • 4:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang lelaki tolong tanam pokok limau tepi rumah susulan mengetahui jirannya yang berbangsa Melayu suka membuat sambal menggunakan bahan tersebut.

Perkara berkenaan dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai fitramlan apabila memuat naik video sewaktu jirannya yang berbangsa Cina menanam pokok limau memandangkan tumbuhan tersebut sukar hidup sewaktu ditanam olehnya.

Orang Melayu suka guna buat sambal

Menurut fitramlan, jirannya itu sudah tiga kali menanam pokok limau terbabit dan ia bertujuan untuk kegunaan pengguna TikTok itu berikutan tahu masyarakat Melayu suka menggunakan limau dalam sambal.

“My jiran dah tiga kali dia tanam. Masalahnya dia tanam untuk kitorang sebab dia tahu orang Melayu suka buat sambal,” tulisnya.

@fitramlan

Masalahnya kitonya tangan panas

♬ original sound – lem@u – lem@u

Lelaki tolong tanam pokok limau, jiran Melayu tanam tak hidup2

Ujarnya, sebelum ini mereka pernah menanam pokok limau untuk kegunaan harian, namun pokok berkenaan tidak hidup sehinggalah jiran berbangsa Cina berkenaan membantu menanamnya.

image is not available

Lelaki tolong tanam pokok limau, kerap bantu jirus tanaman jiran

Dalam pada itu fitramlan juga menyatakan yang jirannya itu turut selalu membantu menyiram sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumah jika mereka sekeluarga tiada di kediaman.

image is not available

Saling berkongsi rezeki

Mereka juga begitu baik apabila saling memberi dan bertukar-tukar makanan seperti sewaktu musim buah-buahan.

image is not available

Dapat jiran yang baik pun satu rahmat

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif dengan memuji sikap mereka yang tetap akur dan harmoni hidup dalam kawasan perumahan yang berbilang kaum serta agama.

Mereka juga turut berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir sama kerana merasakan kehidupan kita di Malaysia sebenarnya baik-baik sahaja jika tidak ada sebarang provokasi melibatkan keharmonian bermasyarakat.

 

image is not available

Ada yang punya cerita hampir sama

image is not available

Kita sebenarnya hidup harmoni, cuma kerap diganggu pihak2 tak bertanggungjawab

image is not available

Sebenarnya kita boleh hidup bersatu padu macam ni

image is not available

Sumber: TikTok fitramlan