Tahu Tak Kita Boleh ‘Claim’ Skrin iPhone Baru Secara Percuma Walaupun Waranti Dah Tamat? Ini Caranya…

Digital
31 Dec 2022 • 12:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pada sekitar Oktober ramai pengguna iPhone 13 Pro melalui situasi yang sama di mana peranti mereka secara tiba-tiba rosak dan berubah menjadi white screen.

1 year lalu

iPhone 13 Lancar 14 September Ini Dengan Beberapa Produk Lain

Masalah tersebut dialami majoriti pengguna peranti itu namun tahukah anda bahawa kita sebenarnya boleh menuntut skrin iPhone baru secara percuma walaupun ia sudah tamat tarikh waranti?

Meh sini sis nak bagitau macam mana korang boleh claim dan thanks to Izatul Izra yang baik hati kerana telah kongsikan dengan semua pengguna iPhone tentang hack ini.

Langkah 1

Hubungi Apple center 1-800-803-638 dan korang akan ditanya beberapa soalan seperti – “Macam mana phone boleh rosak jadi white screen?”

Tak apa jika ditanya, cuma pastikan korang jawab dengan firm dan jangan berlembut sangat (tips ni penting haha).

image is not available

image is not available

 

Langkah 2

Waktu call, mereka akan minta

  • Series number
  • Apple ID
  • Email

Langkah 3

Mereka juga akan suruh korang hantar iPhone tu ke cawangan pengedar rasmi Apple sama ada Switch atau Machines yang berdekatan.

Pastikan standby RM100 untuk bayaran buka laporan dan mereka akan hantar email kepada korang.

Langkah 4

Apple akan minta korang balas email dan hantar laporan yang sudah pun dibuat oleh kedai pengedar rasmi korang pergi tu. Langkah ini bertujuan untuk mereka tahu nama staf dan cawangan iPhone itu dihantar.

Langkah 5

Seterusnya, Apple akan keep in touch dengan wakil kedai pengedar rasmi itu dan proses tersebut akan ambil masa 3 hari. Dalam pada itu, pihak kedai juga akan check jika iPhone korang ada masuk air atau pecah.

Haa kalau tiada apa masalah bolehlah dapat claim percuma!

image is not available

 

Langkah 6

Selepas 3 hari, pihak Apple support akan hubungi korang dari nombor +6569725170 dan beritahu bahawa korang layak dapat claim secara percuma walaupun waranti dah tamat.

Langkah 7

Dalam tempoh 1 hingga 4 hari, mereka akan minta korang ambil semula telefon pintar and it’s done!

Mudah je kan?! Jangan lupa kongsi artikel ini kepada keluarga dan kawan-kawan, bagitau dorang sebab kalau taktau pasal free claim ini kena bayar lebih RM1,000 hanya untuk tukar skrin sahaja. Mahal tuuuu.