“Tahulah Apa Nasib Kau Nanti” – Diherdik Penyanyi Lelaki Lagenda, Shila Amzah Buat Laporan Polis

LocalEntertainment
11 Jul 2025 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Herdikan secara kuat di hadapan orang ramai dikatakan menjadi punca Shila Amzah tampil membuat laporan polis terhadap seorang penyanyi lelaki lagenda.

Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti.

image is not available

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku secara tiba-tiba sebaik Shila selesai membuat persembahan ketika sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan, penyanyi itu didakwa menghampiri Shila dan menjerit seolah-olah memberi amaran disebabkan sesuatu perkara yang tidak tahu punca sebenar.

Susulan itu, penyanyi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

image is not available

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat penyanyi wanita itu.

Setakat ini pihak polis sudah mengambil dua rakaman percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

 

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini, polis juga tidak membuat sebarang tangkapan setakat ini.

Menurutnya, pihaknya juga kini dalam proses untuk mengambil keterangan penyanyi lelaki yang didakwa mengherdik Shila.

Kertas siasatan kini dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

image is not available 2025-07-11 09:30:28

"Nasib Kamu Orang Tua" - Shila Amzah Diserang Penyanyi Tersohor Ketika 'Rehearsal', Netizen Mula Petik Nama...

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved