Tahun Baharu 2025: Rapid KL Lanjutkan Masa Operasi Rel & Bas

LocalTravel
30 Dec 2024 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bersempena sambutan ambang tahun baharu 2025, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan lanjutan operasi perkhidmatan rel Rapid KL sehingga jam 3 pagi, manakala laluan bas terpilih akan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi pada 1 Januari.

Operasi ini dilanjutkan di 18 stesen rel, empat stesen Bus Rapid Transit (BRT), serta 20 laluan bas utama dan perantara Rapid KL. Jadual kekerapan tren juga dipertingkatkan bermula jam 7.30 malam pada 31 Disember.

Kemudahan Pengguna & Pengurangan Kesesakan

image is not available

Langkah ini bertujuan membantu pengguna merancang perjalanan pulang selepas menyertai acara sambutan, selain mengurangkan kesesakan di stesen berhampiran lokasi sambutan.

Rapid KL turut menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada malam sambutan. Pengguna disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi memastikan kelancaran perjalanan dan digalakkan memeriksa baki kad sebelum perjalanan.

Laluan Bas Terpilih Dengan Waktu Operasi Lanjutan

image is not available

Antara laluan bas utama dan Demand Responsive Transit (DRT) yang dilanjutkan operasinya termasuk:

Laluan lain seperti Taman Sri Muda-Hab Pasar Seni, Stesen Stadium Kajang-Bandar Teknologi. Stesen Kwasa Damansara-Subang Suria, Stesen Sungai Buloh-Bukit Rahman Putra, Stesen TRX-Taman Maluri/Desa Pandan, Stesen Cyberjaya Utara-Cyber 11, Stesen Alam Megah-Seksyen 27 Shah Alam, Stesen Putrajaya Sentral-Presint 16 dan Stesen Glenmarie-MSU Stadium Shah Alam turut terlibat dalam pelanjutan operasi ini.

Sumber: Bernama