Tahun Baharu Cina: Isi borang di aplikasi VSP sebelum balik kampung

7 Feb 2024 • 4:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razarudin (kiri) merasmikan VSP 2.0 di Persada Plus pada Rabu.

PETALING JAYA - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina disarankan mengisi borang menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang sudah dinaik taraf kepada VSP 2.0 bagi memastikan keselamatan harta benda mereka terjamin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata berkata, aplikasi itu telah ditambah baik dan mesra pengguna serta mengikut trend.

"Orang ramai yang merancang pulang ke kampung boleh mengisi borang maklumat balik kampung di balai polis atau aplikasi tersebut.

“VSP dijadikan medium perantara bagi usaha pencegahan jenayah melalui penyaluran maklumat secara dalam talian dengan lebih komprehensif,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Op Selamat 21 dan perasmian VSP 2.0 di Persada Plus di sini pada Rabu.

Razarudin berkata, aplikasi itu memudahkan perhubungan antara polis dan masyarakat.

“Kita berharap kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sepanjang tempoh Op Selamat ini. Jadilah mata dan telinga kepada PDRM," katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seramai 6,559 anggota dan pegawai ditugaskan dalam Op Selamat Ke-21 sempena Tahun Baharu Cina bermula 8 Februari hingga 13 Februari di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved