Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya

13 Jan 2023 • 8:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Januari (sebelum perayaan) serta 24 dan 25 Januari (selepas perayaan) ini.

MOT dalam kenyataan memaklumkan, tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

"Larangan ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.



"Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat kaedah/perintah serta butiran terperinci mengenai larangan berkenaan di laman sesawang www.lom.agc.gov.my.

MOT turut menasihatkan pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved