Tahun Baharu Cina: Kerajaan Setuju Beri Diskaun Tol

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan mengumumkan diskaun 50 peratus bagi kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu diambil selepas Kabinet sebulat suara meneruskan bantuan tol bagi musim perayaan seperti sebelumnya.

Diskaun tol itu akan diberikan selama dua hari bermula 27 Januari (Isnin) pada pukul 12.01 malam sehingga 28 Januari (Selasa), 11.59 malam.

“Keputusan memberikan diskaun adalah bagi kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara.

“Pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved