Tahun Baru Cina; Kenderaan Berat Diharamkan Guna Lebuh Raya? Ada Sebabnya

LocalCars
20 Jan 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan sudah mengeluarkan larangan kenderaan berat daripada menggunakan lebuh raya sempena ketibaan Tahun Baharu Cina.

Larangan itu akan dikuatkuasakan bermula 27 hingga 28 Januari (sebelum perayaan) dan 1 hingga 2 Februari 2025 (selepas perayaan).

image is not available

JPJ berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Selain itu, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini bermula 28 Januari sehingga 2 Februari 2025 sepanjang pelaksanaan Op Selamat PDRM,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, bagi memastikan pematuhan terhadap perintah larangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara menerusi pelaksanaan Op Tahun Baharu Cina 2025 dan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved