“Tahun Depan..” – Lee Sunbin Kongsi Rancangan Untuk Berkahwin Dengan Lee Kwangsoo

19 Dec 2023 • 3:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pejam celik pejam celik, siapa sangka sudah 7 tahun Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin bercinta.

Terbaru, Lee Sun-bin telah terlibat dengan satu temu bual khas, berkongsi cerita mengenai drama barunya “Boyhood”.

Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu berkongsi reaksi teman lelakinya iaitu Lee Kwang-soo ketika menonton drama tersebut,

Dia juga gemar menonton ‘Boyhood’. Dia berkata ‘Saya sangat seronok menontonnya. Saya belum tonton semua episod tapi saya suka menontonnya.’ Dia juga sering mengucapkan tahniah selepas epispd baru keluar.

image is not available

Kemudian, ketika ditanya mengenai rancangan perkahwinannya bersama Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin mengaku,

Tiada perubahan dari segi kasih sayang. Jika saya ada apa-apa berita baik tahun hadapan, saya akan beritahu anda.

Yay! Semoga dapat tengok mereka naik pelamin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.