“Tahun Ini Lain Macam Sikit..” – Beraya Di Kampung Adira, Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

18 Apr 2024 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di tengah-tengah kes penceraian yang masih berlangsung, suami kepada penyanyi terkenal, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkongsi pengalaman dirinya beraya di kampung isteri tahun ini.

Takut dipandang serong

Melalui hantaran yang dimuat naik di laman TikTok, usahawan ini mengakui dirinya gementar untuk pulang ke kampung halaman isterinya yang terletak di Kuching, Sarawak dan berjumpa dengan keluarga Adira.

Alhamdulillah raya tahun ini di Kuching, Sarawak bersama dengan keluarga Adira dan ibu mentua pun ada sekali.

 

Saya bukan fikir tempat beraya itu cuma kenangan di sana yang membuatkan raya tahun ini lain macam sikit.

 

Sangkaan saya masa nak pulang beraya ke Kuching tu saya gementar juga takut ahli keluarga akan pandang serong dekat saya ibarat saya dah menconteng arang tapi Alhamdulillah mereka sokong saya. Itu yang paling terharu buat saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Bersyukur dapat beri nafkah

Bukan itu sahaja, Datuk Red memberitahu Adira tetap akan memberi sokongan kepadanya meskipun selepas ini sudah membawa haluan masing-masing. Tambahan pula, suami kepada penyanyi ini bersyukur dapat kembali memberi nafkah sebagai suami dan bapa.

Adira pun beri sokongan pada saya. Dia kata andai kami jodoh tidak panjang, dia tetap beri sokongan pada saya untuk kembali semula sebagai seorang suami dan ayah.

 

Alhamdulillah dalam tiga minggu ini, dah nampak perubahan sebagai suami dimana nafkah saya dapat tunaikan. Tugas saya yang selama ini diabaikan, saya dapat jalankan dan di situlah kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan.

Pada 25 Oktober lepas, Adira telah memfailkan penceraian buat kali kedua ke atas Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor.

image is not available 3 days ago

"Allah Nak Cabut Nyawa Saya Pun Tiada Masalah" - Dah Lantik Peguam, Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Selesaikan Hutang RM7 Juta